Jom kenali setiap role dalam PUBG Mobile

PUBG Mobile bukan hanya sekadar masuk tembak-menembak ke dalam Erangel, Miramar, dan Vikendi sahaja.

Ada beberapa peranan atau posisi yang mainkan peranan penting untuk anda di dalam satu skuad berempat PUBG Mobile.

Jom kita tengok apa posisi di dalam PUBG Mobile yang menjadi role penting.

In Game Leader/ Scouter

In Game Leader (IGL) adalah pemimpin di dalam satu pasukan PUBG Mobile.

Seorang IGL yang menjadi penentu untuk tempat yang akan dituju oleh ahli pasukan.

Sebagai Scouter, posisi ini yang akan dapat membuka jalan dan mencari peluang sepanjang masa berjalan dengan memberi arahan untuk semua orang di dalam pasukan.

Scouter juga perlu mendapatkan body armor dan head armor yang paling kuat kerana sentiasa berada di barisan hadapan dan menjadi orang yang akan memberi arahan untuk rotasi sepanjang permainan.

Carry/Fragger

Carry adalah posisi yang akan membawa pasukannya ke arah kemenangan. Selalunya Carry akan menjadi pemain terbaik atau Ace di dalam satu skuad.

Mereka perlu dilindungi oleh rakan pasukan dari belakang dan perlu mendapatkan senjata dan peralatan terbaik.

Paling penting Carry tidak boleh mati dan harus anda untuk mengekalkan momentum ke atas pasukan lain.

Rusher

Rusher pula salah satu role di dalam PUBG Mobile yang sentiasa memberi tekanan yang banyak untuk pihak musuh.

Jika Scouter menjadi orang yang mencari peluang dan menukar rotasi, Rusher pula menjadi orang pertama yang akan berlawan dengan musuh.

Rusher memerlukan lebih banyak peluru dan grenade untuk membunuh musuh-musuhnya.

Tidak lupa juga Rusher juga perlu membawa sedikit item perubatan seperti First Aid Kit, painkiller dan lain-lain.

Support

Support adalah posisi terakhir di dalam PUBG Mobile. Mereka akan menjadi orang yang akan membantu untuk sembuhkan ahli pasukan yang cedera.

Di dalam posisi ini Support akan mempunyai banyak consumables untuk memberi support yang secukupkan kepada pasukan.

Jadi ini antara peranan anda sebagai ketua clan untuk mencari setiap pemain dengan kelebihan masing-masing.

Apa lagi role yang anda rasa patut ada di dalam PUBG Mobile?

RELATED NEWS

+