Ramai orang sangka, kerjaya sebagai artis hanya dikaitkan dengan dunia hiburan semata seperti lakonan, nyanyian dan sebagainya. Tapi kini, artis tanah air sangat versatil dan mempunyai hobi bermain game sama seperti korang di luar sana. Ada antara artis ini yang menjadi penghibur dalam talian (streamer) di Facebook dan Youtube untuk berinteraksi bersama peminat.
Mungkin bagi mereka, itu antara cara untuk meredakan tekanan dari kerja dan shooting di sana sini. Kalau korang belum kenal dua artis ini yang suka main game, ni haa masanya untuk follow dan ikuti perkembangan diorang!
1. Yana Samsudin
Kelibat Yana Samsudin sering dilihat dalam video di Facebook kerana selain bergelar artis, dia juga kini adalah seorang penghibur dalam talian (streamer) yang aktif di Facebook. Yana mempunyai hasrat yang satu, iaitu bermain game dan berinteraksi dengan peminatnya dalam sesi permainan PUBG Mobile yang nyata seronok dan menghiburkan.
Menggelarkanya dirinya ‘Kak Yong’, dia mempunyai seramai 137,000 pengikut di Faebook page YanasamsudinX dan rata-rata tontonan videonya boleh melebihi 50,000 jumlah tontonan. Walaupun baru saja 3 bulan bermain PUBG Mobile, Yana juga bermain game seperti COD Mobile dan sering mengikuti acara komuniti streamer tempatan bersama gaming creators lain.
2. Zahiril Adzim
Artis tanah air, Zahiril Adzim yang dikenali menerusi beberapa filem hebat antaranya Juvana juga merupakan pemain game yang tegar! Dia gemar bermain PUBG PC dan PUBG Mobile. Kalau korang nak tahu, dia juga dikenali dengan nama gaming BobbySan dan sudah pun mempunyai pengikutnya sendiri di laman sosial Facebook.
Di Facebook page Bobbysan, korang boleh saksikan Zahiril strim PUBG PC dan Mobile. Layan gila dia punya strim! Dia pun ada saluran Youtube juga, boleh usha di bawah:
Dalam satu temubual bersama Harian Metro, sebagai seorang artis yang dikenali, Zahiril menganggap hobinya ini sebagai salah satu cara untuk promosikan komuniti e-sukan tempatan.
“Ramai sebenarnya yang berbakat dalam permainan video atau e-sukan. Tapi mungkin ramai tak nampak. Jadi saya harap kalau orang tahu saya aktif, saya dapat bantu promosikan komuniti ini,” kata Zahiril.
Lebih menarik, dia membelanjakan kira-kira RM20,000 membeli perkakasan elektronik hanya untuk setup PC dan alatan lain bagi memudahkan aktiviti livestreaming. Matlamatnya pada akhirnya ialah membuka sebuah gaming house untuk anak muda bermain game selain menjana pendapatan.
3. Elizabeth Tan
Elizabeth Tan yang terkenal dengan lagu Police Entry, Knock Knock dan Setia ini sememangnya peminat tegar PUBG Mobile. Di laman FB page rasminya, Elizabeth atau Lizzy akan mempertontonkan teknik permainannya bermain permaianan mudah alih itu. Bukan sekadar untuk hiburan, Lizzy juga ada berkongsi kehidupan hariannya melalui video-video lain.
Kebiasaannya, Lizzy akan strim dari 30 minit hingga 1 jam. Berminat nak tengok macam mana amoi cantik ni main PUBG Mobile? Follow dia dekat SINI!
—
So korang dah kenal dah artis yang suka main game, macam mana pulak kalau artis yang buat persembahan di acara e-sukan? Fuhh mesti gempak!
Jangan lupa datang ke Grand Final Celcom XPAXKEK Semester 2 pada hari Jumaat hingga Ahad ni di The Curve, Damansara yang mana RM180,000 dipertandingkan untuk pasukan PUBG Mobile dan Mobile Legends: Bang Bang!
Selain itu, ada persembahan artis dari Ara Johari, Naim Daniel, Nabila Razali, Ismail Izzani, Ernie Zakri dan Amir Hasan! Ingat tau, hari Ahad pada jam 6 petang!
Yang paling penting untuk gamers dekat luar adalah kelajuan Internet dan inilah masanya untuk nikmati pengalaman gaming yang selesa dengan Celcom Xpax, rangkaian 4G LTE terpantas di Malaysia!
Belum bertukar ke Celcom Xpax lagi? Dapatkan kad sim XPAX Ultra Pass dan XP Lite dekat sana apabila korang mengunjungi booth Celcom Xpax.
Jangan lupa muat turun aplikasi Celcom Life untuk pantau jumlah penggunaan data, tambah nilai Internet dan dapatkan promosi istimewa!