Jualan Halloween 2020 Epic Games Store telah bermula, diskaun sehingga 75%

Epic Games Store kini telah memulakan Jualan Halloween yang berlangsung dari 22 Oktober hingga 5 November ini. Jualan ini menawarkan pelbagai permainan menarik dan terdapat potongan harga sehingga 75%.

Bagi anda yang masih mempunyai Epic Coupon yang diperoleh daripada penebusan Rocket League, anda boleh menggunakannya dalam jualan ini. Pada pendapat penulis, ini adalah masa yang sesuai untuk menggunakan kupon yang bernilai AS$10 itu kerana tarikh luputnya ialah 1 November.

Berikut adalah beberapa permainan menarik yang sedang ditawarkan dalam jualan ini:

  • Dead Cells – AS$10.49 AS$6.29
  • Red Dead Redemption 2 – AS$52.99 AS$35.50
  • Crysis Remastered – AS$12.99 AS$8.44
  • Borderlands 3 – AS$44.99 $22.49
  • Control Ultimate Edition – AS$16.99 AS$11.89
  • The Outer Worlds – AS$44.99 AS$22.49
  • Hades – AS$9.99 AS$7.99
  • Star Wars Jedi: Fallen Order – AS$59.99 AS$29.99

Pada waktu yang sama, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menebus Costume Quest 2 dan Layers of Fear 2 di platform tersebut. Seperti biasa, dua permainan ini hanya boleh ditebus dalam tempoh seminggu dan tawaran ini akan berakhir pada 29 Oktober pada waktu 11 malam.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+