Epic Games Store (EGS)."> Epic Games Store (EGS)." /> Epic Games Store (EGS)." />

Pelayan Star Wars Battlefront 2 rosak selepas ia diberikan secara percuma

Peningkatan bilangan pemain yang mendadak dalam Star Wars Battlefront 2 nampaknya telah menyebabkan pelayannya rosak. Perkara ini telah berlaku sejurus selepas ia diberikan secara percuma di Epic Games Store (EGS).

Electronic Arts (EA), penerbit Star Wars Battlefront 2, telah mula memperbaiki masalah ini sejak 16 Januari (Sabtu). Malangnya, ramai pemain termasuk penulis sendiri masih menghadapi kesukaran untuk log masuk permainan tersebut.

Masalah in juga merosakkan sistem pengumpulan kad kemahiran dan senjata. Penulis sendiri terpaksa memulakan beberapa perlawanan tanpa senjata yang telah diperoleh kerana pelayan gagal menyemak rekod permainan penulis.

Apa-apa pun, penulis tetap percaya semua pemain PC yang belum memiliki permainan ini patut menebusnya di EGS. Ia memang antara permainan Star Wars yang paling menyeronokkan (selepas semua masalah teknikal diselesaikan).

Star Wars Battlefront 2: Celebration Edition boleh ditebus di EGS hingga 22 Januari ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+