Penantian lebih setahun untuk Final Fantasy 7 Remake ke PC ternyata memberikan kekecewaan kepada pemain selepas mereka menemukan beberapa masalah besar pada permainan itu.
Pihak PC Gamer melaporkan, terdapat banyak kekurangan pada tetapan grafik. “Tiada pilihan kadar bingkai boleh ubah, tiada cara untuk ubah anti-aliasing, VSync, atau tiada kawalan untuk kesan gerak kabur (motion blur).”
I never really do this, since I usually cover this in a video, but @oliemack is going to be on this when I am on holiday. But this is just one brief moment in the first 5 minutes of the game. Spinning the camera causes a sustained drop and then a big stutter. RTSS does not see it https://t.co/pvTAML3dEX pic.twitter.com/UgDWzO9Iav
— Alexander Battaglia (@Dachsjaeger) December 17, 2021
Bahkan, ada pemain yang menyatakan berlaku beberapa isu prestasi pada permainan, seperti kadai bingkai yang tidak stabil apabila menggerakkan kamera.
Final Fantasy 7 Remake versi PC dijual dengan harga $70 (RM299), di mana dengan harga ini ia agak mengecewakan para peminat dan pemain francais ini apabila menghadapi masalah seperti ini.
Walaubagaimanapun, ramai mengharap pihak Square Enix membaiki masalah ini dengan kadar segera, memandangkan dengan versi Remake ini berpotensi untuk membawa semula kejayaan Final Fantasy 7 bagi era baharu.
Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA