Tontonan bagi platform penstriman langsung permainan yang popular, Twitch menurun sebanyak 2 peratus.
Seperti yang dilaporkan Streamlabs dengan bantuan Newzoo, 55 juta jam diperuntukkan oleh penonton di Twitch ketika quarter 2 (suku kedua tahun ini), sekali gus menyaksikan 2 peratus penurunan berbanding Q1.
Walaupun angka ini dilihat tidak begitu drastik tapi ia tetap dianggap sebagai penurunan. Ini adalah statistik yang ditunjukkan:
CCV (penonton semasa) turun sebanyak 3 peratus berbanding suku pertama kepada 1.24 juta penonton semasa.
4.8 juta saluran ditayangkan di platform ini, hampir 1 juta saluran yang kurang berbanding suku pertama.
Purata penonton bagi setiap saluran meningkat sebanyak 9.4 peratus dalam Q2 untuk purata 28.6 penonton setiap saluran.
Fortnite pula masih kekal sebagai permainan video dengan tontonan tertinggi di Twitch pada Q2 2019 (sebanyak 294.2 juta tontonan).
Angka ini jatuh daripada 304.6 juta tontonan pada Q1.
Mungkin disebabkan hampir 1 juta saluran yang kurang membuat penstriman langsung (ada yang beralih ke Facebook Gaming) menyebabkan angka ini menurun. Ia juga mungkin kerana penonton sudah jatuh bosan dengan judul Battle Royale. Tapi buat masa sekarang, Twitch dan Fortnite masih stabil dan tak mengalami apa-apa kerugian nyata.
Sumber: Comicbook
Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.