Jumper keluar Team Secret

Siapa tidak kenal Muhammad “Jumper” Izzrudin yang sudah menjadi salah seorang pemain hebat Team Secret untuk pasukan PUBG Mobile.

Jumper yang sebelum ini dari pasukan Yoodo.Gank kini sudah meninggalkan Team Secret.

Team Secret juga membuat pengumuman ini di laman rasmi Facebook mereka.

“Terima kasih Jumper. Prestasi anda sentiasa hebat dan memberi kami penuh keseronokan dan kegembiraan. Kami akan sentiasa mengingati anda dengan cara permainan grenade dan sifat kepimpinan anda.

“Pengajaran yang saya dapati di Team Secret adalah kesabaran dan persahabatan,” dari Jumper.

“Kepada semua peminat teruskan sokongan kepada Team Secret dan saya harap peminat juga akan sentiasa menyokong saya di mana-mana pasukan yang akan saya masuk nanti.” tambah Jumper lagi.

Moga Jumper akan maju jaya untuk masa hadapan nanti!

Sebelum ini, Team Secret berjaya ke Kejohanan Dunia PUBGM (PMGC) namun terpaksa akur dengan kedudukan top 20.

RELATED NEWS

+