Jumper masuk 4Rivals

Bekas pemain pasukan Axis RedONE, Muhammad Izzrudin Hashim atau lebih dikenali Jumper, secara rasminya memasuki pasukan 4Rivals.

Perpindahan itu diumumkan menerusi Instagram rasmi pasukan 4Rivals, semalam.

Jumper sememangnya seorang pemain yang sangat berbakat. Pencapaian tertingginya adalah apabila dia pernah memenangi pingat gangsa di kejohanan sukan SEA Hanoi.

Selain itu, dia juga salah seorang pemain yang pernah memenangi kejohanan PMPL SEA sebanyak dua kali dengan pasukan yang berbeza.

Dia juga adalah seorang pemain yang cepat beradaptasi dengan gaya permainan pemain lain. Kemasukan Jumper ke dalam pasukan 4Rivals pastinya akan memperkuatkan lagi pasukan itu.

4Rivals bakal mewakili negara dalam kejohanan dunia PUBG Mobile, PMWI 2022 yang akan berlangsung pada Ogos ini di Riyadh, Arab Saudi.

Semoga 4Rivals berjaya menunjukkan prestasi yang baik semasa kejohanan itu berlangsung.

Tahniah Jumper!

Foto: Instagram 4Rivals

RELATED NEWS

+