Kairi ke Indonesia? Sedia tinggalkan ONIC PH

Kairi Ygnacio Rayosdelsol atau lebih dikenali sebagai Kairi adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends. Naib juara Kejohanan Dunia M3 dan juga MPLI ini boleh dikatakan salah seorang jungler terbaik dunia ketika ini.

Kebolehannya menggunakan hero yang memerlukan mekanik tinggi seperti Lancelot dan Ling menjadi antara satu sebab namanya diangkat tinggi oleh peminat MLBB seluruh dunia. 

Ketika siaran Revival TV berlangsung, Filipina kini sedang hangat dengan khabar angin bahawa Kairi akan meninggalkan ONIC PH untuk bermain di Indonesia. Namun begitu, belum ada info yang pasti bahawa Kairi akan ke Indonesia untuk mencuba pengalaman baru.

Duo terhebat iaitu Wise dan OhMyV33nus juga sempat memberikan komen di penstriman langsung namun belum dapat memastikan perkara itu.

Wise berkata Kairi akan mengalami kesukaran dari segi bahasa. “Dia boleh bermain di Indonesia akan tetapi dari segi pertuturan bahasanya akan menjadi sukar untuknya.

“Namun begitu, jika kita lihat dari sudut kemahiran skill yang ada padanya, dia pasti mudah untuk bermain di Indonesia,” ujar Wise.

Jika khabar angin ini menjadi kenyataan, Kairi adalah pemain Filipina pertama yang akan berhijrah ke Indonesia dan ini pasti akan menjadi berita hangat di dalam komuniti MLBB di serata dunia.

Sumber: ONE Esports

Foto: ESPORTS ID

RELATED NEWS

+