“Kami dah lakukan yang terbaik, cuma rezeki belum berpihak pada MAB,”- Abang Lord

Pengasas pasukan MAB Esports, Abang Lord atau nama sebenarnya Danial Aizat Rames Abdullah, 47, meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila pasukan MAB Esports gagal melayakkan diri ke pusingan playoff.

“Kami dah lakukan yang terbaik, cuma rezeki masih belum berpihak pada MAB.

“Pasukan HomeBois yang bermula dengan negatif lapan pun turut layak ke pusingan playoff. Orange Esports yang pada awal-awal liga mengalami lose streak pun layak ke playoff.

“Jadi apa alasan yang kami boleh berikan? Peluang sudah dihidangkan tetapi kami gagal memanfaatkan peluang ini,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Abang Lord juga mengatakan bahawa MAB Esports akan melakukan rombakan besar-besaran yang akan membabitkan pemain dan pihak pengurusan.

Adakah kita akan melihat pasukan MAB Esports kembali ke liga MPL musim ke-10? Sama-sama kita nantikan.

RELATED NEWS

+