“Kami hanya pakai hero kami dan ia berkesan” – NovaxCobar

Perlawanan pertama di hari kedua minggu ketujuh MPL MY S9 menyaksikan pasukan RSG akan bertemu dengan MAB Esports.

Kedua-dua pasukan harus memenangi perlawanan untuk mengutip mata bagi mendapat kedudukan selesa di playoff nanti.

RSG MY berjaya mendapatkan kemenangan pertama namun pasukan MAB Esports membalas di perlawanan kedua.

MAB Esports membuat keputusan untuk memberikan Ling kepada Aliff. Manakala Lancelot digunakan oleh Kuza.

Kedua-dua pasukan memberi asakan ke atas satu sama lain. 

Pasukan MAB mepunyai kelebihan awal namun RSG MY mula mendapatkan kembali momentum pada minit ke-12.

Namun begitu, pasukan MAB Esports mengekalkan tenpo permainan dan mereka terus mendapatkan kemenangan pada minit ke-17.

Selepas memenangi perlawanan sebentar tadi. NovaxCobar ditanya tentang perasaannya memenangi perlawanan sebentar tadi.

“Saya bersyukur kerana kami menang, alhamdulillah sangat gembira.”

Ditanya tentang strategi mereka menentang RSG MY.

“Kami hanya pakai hero-hero kami dan mengikut flow jurulatih kami. Alhamdulillah ia berkesan.”

 

 

RELATED NEWS

+