“Kami sentiasa ‘push’ pemain untuk tak berharap pada SaSa dan jadi lebih ‘independent’,” – Team SMG

Pasukan Team SMG sentiasa mengharapkan pemain-pemain Mobile Legends mereka untuk berdikari dan mencari kelebihan pada diri sendiri dari berharap kepada pengalaman dimiliki Lu Khai Bean (SaSa).

Dalam satu sidang media dalam talian semalam, Benny Lai selaku Pengurus Pasukan berkata dia melihat peningkatan dari segi kemajuan pemain.

“Kami sentiasa ‘push’ pemain untuk tak berharap pada SaSa dan jadi lebih berdikari. Kira tidak adil juga untuk letakkan ‘beban’ pada SaSa seorang.

“Bagi saya, Zaim dan Smooth sudah menunjukkan peningkatan berbanding di musim MPL MY yang lalu. 

“Kedua-dua mereka sudah menjadi makin matang sejak bersama kami beberapa tahun dulu,” katanya kepada media.

Benny juga berkata kemasukan Jamesss dan SaSa ke dalam pasukan nyata memberi perubahan positif.

“Pengalaman yang ada pada SaSa dari pembabitan dalam arena kompetitif di Indonesia dan juga Jamesss yang pernah menjadi jurulatih hebat pastinya memberikan kebaikan kepada pasukan kami,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Peringkat kumpulan M3 akan diadakan bermula 6 Disember hingga 9 Disember ini. Dua pasukan dengan kemenangan terbanyak akan mara ke upper bracket dan dua tercorot ke lower bracket.

Walaupun tiada penyingkiran di peringkat kumpulan, penting untuk skuad Malaysia kumpul kemenangan untuk ke upper bracket.

M3 akan dilangsungkan di Pusat Konvesyen dan Pameran Suntec, Singapura pada 6 Disember hingga 19 Disember ini.

Ia mengumpulkan 16 pasukan MLBB terbaik dunia bertarung merebut hadiah terkumpul AS$800,000 (RM3.3 juta).

Foto: Team SMG

RELATED NEWS

+