[RASMI] Draxx masuk Team SMG sebagai pemain pinjaman

Selepas tekaan demi tekaan oleh netizen, akhirnya Team SMG rasmi mengesahkan Azim Ikromi (Draxx) kini sebagai pemain pinjaman (dari SEM9) dan juga in-game-leader.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Mereka juga mengumumkan pemain-pemain lain:

  • Jenny – Rusher
  • Mail – Rusher
  • Shinzi – Fragger
  • Hinn – Support 

Lineup ini akan bermain untuk Liga Profesional (PMPL) MYSGPH Fall 2022.

Draxx pernah menyertai pasukan seperti Yoodo Gank yang mana dia berjaya menjadi juara PMPL SEA musim pertama dan tempat kedua di PMPL MYSG musim kedua.

Dia bersama ManParang, Fredo dan Jumper ketika itu menunjukkan kehebatan sebagai pasukan PUBG Mobile yang terbaik di peringkat Asia Tenggara pada tahun 2020 itu.

Team SMG sebelum ini tidak mempamerkan prestasi baik apabila menjadi pasukan Malaysia di tempat tercorot di PMPL MYSGPH Spring 2022.

RELATED NEWS

+