MPL MY: Team Caracal menghentikan Team SMG

Team SMG harus menentang Team Caracal selepas tewas di tangan pasukan Todak semalam. Team Caracal sememangnya bersedia untuk melawan sesiapa sahaja selepas mereka menewaskan Homebois dengan kemenangan bersih 2-0.

Di perlawanan pertama, LinkEzaa berjaya mencuri buff yang dimiliki oleh Team SMG di minit awal permainan. Walau bagaimanapun, rotasi yang dilakukan Sasa berjaya menghukum LinkEzaa dan juga Aimm.

Team SMG berjaya mendapatkan objektif yang diperlukan dan mereka kini mengawal peta untuk memberikan asakan kepada Team Caracal. Perbezaan Gold pada minit ke-9 sudah mencecah hampir 4 ribu.

Team Caracal mengawal kembali tenpo permainan apabila mereka berjaya melakukan setup untuk menumbangkan Stormie dan Wynn pada minit ke-11. Lord juga berjaya didapatkan Team Caracal sebelum itu.

Kesabaran Aimm pada minit ke-17 membuahkan hasil ke atas Team Caracal apabila dia berjaya menumbangkan Stormie dengan combo Kadita yang sangat kuat. Luminous Lord berjaya didapatkan Team Caracal tanpa sebarang masalah.

Namun begitu, kekuatan pertahanan yang dimiliki oleh Team SMG dengan adanya Cecilion menjadi satu cabaran buat Team Caracal untuk memasuki base Team SMG.

Team Caracal hampir mendapatkan kemenangan pada minit ke-22 namun Smooth dan Stormie berjaya mematahkan hasrat mereka ketika itu. Team SMG kemudian mendapatkan Luminous Lord pada minit ke-23.

Kejatuhan Sasa pada minit ke-35 menjadikan titik permulaan kekalahan Team SMG selepas Team Caracal merempuh ke arah base Team SMG. Satu perlawanan yang cukup panjang pada hari ini.

Perlawanan kedua diteruskan dengan pemilihan WanWan sekali lagi diberikan kepada Lolealz dan penggunaan Fanny oleh LinkEzaa. Manakala Team SMG menggunakan Lancelot sebagai jungler mereka.

Berbeza dengan perlawanan pertama, Team Caracal lebih mendominasi di minit awal permainan. Mereka melakukan rotasi yang lebih kerap dengan adanya Fanny yang digunakan oleh LinkEzaa.

Perbezaan ekonomi sebanyak 3 ribu yang memihak kepada Team Caracal menghentikan niat Team SMG untuk bermain secara agresif. Mereka terpaksa akur untuk memberikan Team Caracal mendapatkan objektif mereka.

Lord pertama berjaya diambil oleh Team Caracal dan Wynn berjaya dijatuhkan oleh LinkEzaa di dalam base Team SMG. Ini menyebabkan Team SMG kehilangan 1 inhibitor turret mereka.

Luminous Lord yang diambil oleh Team Caracal pada minit ke-14 memberikan kemenangan kepada mereka. Team SMG ditewaskan 0-2 dan Team Caracal akan mara ke peringkat seterusnya.

Foto: Moonton Games

 

 

RELATED NEWS

+