Kapten Kotex Elimin8tors, Fafau adalah pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2023

Nurul Effa Fauzana atau Fafau adalah kapten bagi pasukan MLBB wanita, Kotex Elimin8tors. Dia adalah pemenang bagi pingat Gangsa di Sukan SEA 2023 buat kategori MLBB wanita.

“Saya sangat bersyukur mendapat peluang yang berharga terutamanya dalam arena MLBB wanita dan kini mendapat tempat tinggal di gaming house, latihan profesional dan intensif sama seperti diberikan kepada pemain lelaki.

“Saya harap pasukan Kotex ini dapat memberikan cabaran dan saingan di peringkat kompetitif dan membuka mata yang wanita boleh mencapai satu peringkat dalam e-sukan sama seperti lelaki,” katanya.

Pasukan itu turut diwakili oleh:

  • Siti Sarah (Ecstatic) – Midlaner
  • Intan Syafinaz (Intan) – EXP Laner
  • Afrina Balqis (Rina) – Jungler
  • Nurul Ain Salshabilla (Beyya) – Roamer
  • Ariff Iswandi (Amoux) – Jurulatih
  • Nabila (Belle) – Pengurus

Antara hala tuju dan misi utama bakal ditempuh pasukan ini adalah #RoadToMPL di mana mereka akan bersaing untuk menjadi pasukan MLBB wanita pertama yang layak ke liga profesional itu.

Kotex turut memberikan dana Kotex #SheCan di mana sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk latihan intensif enam hingga lapan jam sehari, fasiliti latihan, elaun bulanan, khidmat jurulatih dan banyak lagi.

Pengarah Urusan Kimberly-Clark Malaysia, Lim Yu Chien berkata, “Kami sentiasa berpegang kepada misi untuk memperkasakan wanita dalam bidang di mana kekurangan peluang saksama telah menjadi penghalang untuk pertumbuhan dan kejayaan mereka.

“Justeru, kami percaya bahawa legasi kami dapat diteruskan dengan mewujudkan persekitaran yang saksama untuk wanita dalam arena e-sukan profesional. Kotex akan mempelopori usaha pembinaan ekosistem yang lebih baik bagi wanita dalam e-sukan dengan memanfaatkan potensi para atlet ini, serta menyokong kejayaan mereka kerana jantina tidak ada apapun kaitan dengan kemahiran permainan,” katanya.

Inisiatif Kotex ini turut mendapat sokongan dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

RELATED NEWS

+