M3: “Memang sedih nak lepaskan, dia anak bongsu,” ibu Ajiq (Todak)

Siapa tidak sedih melepaskan anak untuk mengejar impian.

Bagi Zaslini Zakaria, ibu kepada Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman (Ajiq) yang juga ahli pasukan Todak, anaknya itu sangat rapat dan manja dengannya.

“Dia anak bongsu.. tapi nak buat macam mana dah minat dia. Saya sebagai ibu memang sokong 100%. Bangga sangat dengan jalan yang dia pilih.

“Saya yakin dia boleh buat yang terbaik untuk pasukan dia (Todak),” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Zaslini bersama anak perempuannya yang lain sempat menemani Ajiq berlepas ke Singapura bersama skuad Todak mewakili Malaysia untuk menyertai kejohanan dunia Mobile Legends, M3.

“Dia memang duduk dengan saya selama ini. Masa dia dengan kawan-kawan dekat gaming house, selalu juga saya datang. Seminggu sekali, tengok dia.

“Saya tak nampak dia tertekan atau apa tapi macam seronok dengan Todak. Tak ada nak mengeluh atau apa. Dia suka main game.. kalau rindu mesti akan buat panggilan video,” katanya.

Sebagai seorang ibu, Zaslini hanya mengharapkan yang terbaik buat anaknya dan berharap pilihan karier itu dapat membanggakan keluarga.

Todak akan berentap di M3 dalam kumpulan B bersama ONIC ID, ONIC PH dan wakil Brazil, Vivo Keyd. Team SMG juga turut mewakili Malaysia dalam kejohanan ini.

Mereka diwakili oleh:

  • Ciku – Muhammad Danial Mohd Fuad
  • Moon – Zikry Shamsuddin
  • 4Meyz – Wan Usman Wan Imran
  • Yums – Muhammad Qayyum Ariffin Mohd Suhairi
  • Momo – Idreen Abdul Jamal
  • Ajiq – Muhammad Amirul Raziq Mohd Azman
  • Moyy – Mohamad Farhan bin Wakiman
  • (Jurulatih) Hazim – Muhammad Hazim Firdaus Ismail
  • (Pengurus) Ashi – Mohd Syazlan Mohd Rosdi
  • (Pembantu Pengurus) Eone – Muhammad Rizwan Abdullah

Kejohanan itu akan berlangsung pada 6 Disember hingga 19 Disember dengan hadiah terkumpul RM3.3 juta.

Sebanyak 16 pasukan terbaik MLBB di seluruh dunia bertanding.

RELATED NEWS

+