K/DA melancarkan EP terbaru, All Out dengan kolaborasi nyanyian bersama TWICE

Beberapa hari lepas, kumpulan virtual pop dari Riot Games iaitu K/DA melancarkan album EP terbaru mereka, All Out. 

Kumpulan wanita virtual itu diwakili oleh Ahri, Kai’Sa, Evelynn dan Akali daripada League of Legends.

EP tersebut mengandungi lima lagu dan single yang dilancarkan awal iaitu The Baddest serta lagu MORE yang sudah dirakamkan music video.

Ia ditulis oleh penyanyi rap merangkap penulis dan penyanyi iaitu Bekuh BOOM dan dikomposkan oleh Sebastien Najand dari Riot Games. EP ini juga memperkenalkan personaliti setiap ahli K/DA dengan lebih mendalam.

Malah, video MORE kini sudah catat lebih 27 juta tontonan di Youtube dan menaiki tempat pertama di carta iTunes’ Kpop.

Senarai lagu EP ALL OUT:
● “THE BADDEST..” bersama MIYEON dan SOYEON dari kumpulan K-pop (G)I-DLE, Bea Miller dan
Wolftyla
● “MORE” bersama Madison Beer, MIYEON dan SOYEON dari (G)I-DLE, Jaira Burns, Lexie Liu, dan
Seraphine.
● “VILLAIN” bersama Madison Beer dan Kim Petras
● “DRUM GO DUM”  bersama Aluna, Wolftyla, dan Bekuh BOOM
● “I’LL SHOW YOU” bersama ahli TWICE JIHYO, NAYEON, SANA, dan CHAEYOUNG,
Bekuh BOOM, dan Annika Wells

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+