Keanu Reeves kata dia tidak pernah main Cyberpunk 2077

Keanu Reeves menyatakan dia tidak pernah main Cyberpunk 2077, walaupun sebelum ini pihak CD Projekt menyatakan sebaliknya. 

Di dalam sebuah temu ramah bersama The Verge untuk jelajah The Matrix Awaken, apabila ditanya sama ada dia pernah bermain Cyberpunk, dia membalas bahawa dia tidak pernah.

“Tidak, maksud saya, saya tengok demonstrasinya, tapi tidak pernah bermainnya.”

Namun, pada tahun lepas Presiden dan CEO Bersama CD Projekt, Adam Kicinski menyatakan Reeves pernah bermain Cyberpunk 2077 dan sukakannya. 

Di dalam Cyberpunk, Keanu Reeves menjadi wajah untuk  watak utama permainan itu, Johnny Silverhand. Bahkan dia menjadi sebahagian utama sepanjang jelajah promosi termasuk di pentas E3 2019.

Buat masa ini, pembangun Cyberpunk itu menyatakan menangguh semua kemaskini untuk menambah baik permainan itu sehingga 2022. 

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA.

RELATED NEWS

+