Spawn Akan Sertai Mortal Kombat 11 Pada 17 Mac 2020

Adiwira Spawn mungkin tidak popular seperti Batman atau Spider-Man tetapi dia tetap dikenali oleh ramai orang. Bagi penggemar Mortal Kombat, anda bakal bertemu dengannya tidak lama lagi.

Tarikh pelancaran untuk watak Spawn dalam permainan video perlawanan Mortal Kombat 11 telah diumumkan. Dia akan tiba secara early access pada 17 Mac 2020 dan akan dilancarkan sepenuhnya pada 24 Mac 2020.

Spawn merupakan adiwira yang mempunyai kuasa-kuasa seperti kekuatan luar biasa, teleportasi, dan kebolehan menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk pedang dan senjata api.

Keith David, pelakon suara untuk watak Spawn dalam siri animasi Spawn (1997), telah kembali untuk menyuarakan watak tersebut.

Hanya mereka yang membeli Kombat Pack boleh main sebagai Spawn pada tempoh early access. Untuk mendapatkan Spawn pada 24 Mac 2020, anda perlu membeli kandungan tambahan secara berasingan.

Mortal Kombat 11 dilancarkan pada tahun lepas untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One.

Sumber: PlayStation Blog

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+