“Kehadiran Lemon akan memperkuatkan RRQ Hoshi,” – Jurulatih Omega

Menerusi sebuah hantaran Instagram SPIN Esports, jurulatih Omega Esport, Ynot, menyatakan kehadiran Lemon di lineup MSC 2022 akan memperkuatkan lagi pasukan itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SPIN – Esports (@spin_esports)

“Kehadiran Lemon pastinya akan menjadikan RRQ Hoshi lebih kuat, lebih-lebih lagi pemain ini mempunyai hero pool yang luas.

“Dia sering memainkan hero di luar meta yang menyebabkan RRQ sukar untuk diramal dan akan melakukan gerakan yang mengejutkan nanti,” katanya.

Siapa sahaja yang tidak mengenali pemain ikonik RRQ Hoshi ini. Lemon atau sering dipanggil sang alien adalah pemain lagenda Mobile Legends Indonesia.

Alasan kenapa dia dipanggil alien adalah kerana hero pool yang dimiliki oleh pemain ini. Bermacam-macam hero yang pernah dimainkan oleh Lemon di MPL Indonesia sehinggakan dia pernah memainkan hero-hero yang di luar meta pada ketika itu seperti Faramis, Eudora, Kadita dan banyak lagi.

Dia juga pernah bermain di beberapa posisi yang berbeza dan menyebabkan pihak lawan tidak dapat menjangka pemain itu akan bermain di posisi apa.

Sehingga saat ini, Lemon masih menjadi pemain profesional untuk RRQ Hoshi.

Adakah Lemon akan bermain di lineup utama RRQ Hoshi untuk kejohanan MSC 2022 ini? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram Lemon

RELATED NEWS

+