Kelra akan bermain bersama RRQ Hoshi?

RRQ Hoshi adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif e-sukan Mobile Legends. Juara MPL ID sebanyak 3 kali ini hampir mendapatkan gelaran juara dunia di Kejohanan M1 menentang EVOS Legends.

Kini, menurut sumber dari ONE Esports, RRQ ada menghubungi pihak Omega Esports PH untuk merekrut Kelra. Kenyataan itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram ONE Esports.

Kelra juga ada menyatakan bahawa beliau ingin bermain bersama RRQ. Jika berita ini benar terjadi, maka Kelra akan menjadi pemain Filipina yang pertama akan muncul di MPL ID.

Terdahulu, beberapa pemain dari Malaysia mencuba nasib di arena kompetitif Indonesia. Antaranya ialah Rippo dan juga Sasa, mereka berjaya mendapat pencapaian yang memuaskan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+