“Kemahiran makro dan mekanik Baloyskie masih kurang,” – Antimage & Rekt

Baloyskie adalah salah seorang pemain bintang dari Filipina yang berhijrah ke Indonesia untuk bermain bersama pasukan Geek Fam ID.

Dia bersama rakan-rakan dari ONIC PH seperti Dlarskie dan Kairi menjadi bualan komuniti MLBB di Indonesia.

Walaupun Baloyskie dikatakan sangat hebat bermain di posisi roamer, pasukan Geek Fam masih menduduki tangga terbawah dengan mata sebanyak negatif tujuh setakat minggu keempat MPL ID S10.

Selain itu, masih ramai yang beranggapan kemahiran makro dan mekanik yang dimiliki oleh jaguh dari Filipina ini masih kurang.

Bekas pemain bintang EVOS Legends iaitu Antimage dan REKT juga tidak terlepas mengkritik kemahiran dan corak permainan yang ditunjukkan oleh Baloyskie.

“Dia masih kurang hebat, makronya masih belum cukup. Mekanik dia sangat kurang berbanding pemain tanker di Indonesia.

“Kemahiran Leomurphy pakai Chou dan Kufra sudah sangat hebat, Kiboy dan Dreams punya makro dan mekanik bergerak seiring. Baloyskie sangat mundur dari segi mekanik,” kata Antimage di dalam satu temubual EmpeShow.

Seperti Antimage, Rekt juga kurang berpuas hati dengan kemahiran mekanik Baloyskie. “Saya juga pemain makro. Baloy ini makronya biasa sahaja, saya lagi bagus dari segi kemahiran mekanik. Parah, sangat parah makro Baloyskie ini,” tambah Rekt terhadap kenyataan Antimage.

Baloyskie juga ditawarkan gaji yang lumayan oleh pemilik Geek Fam ID. Adakah Baloyskie akan mampu membawa harapan kepada pasukan Geek Fam ID untuk layak ke playoff MPL ID S10 nanti? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

Foto: EmpeShow

RELATED NEWS

+