Kemahiran saya ada sekarang tidak setaraf di dalam MPL – Wannn

Wannn adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends untuk pasukan EVOS Legends.

Beliau adalah bekas juara dunia M1 dan prestasinya bermain sebagai jungler sangat hebat. Namun di musim ketujuh MPL ID, beliau mula rehat dan digantikan oleh Ferxiic.

Bermula musim kelapan, beliau kembali untuk melakukan comeback akan tetapi tidak bermain sebagai jungler sebaliknya bermain sebagai midlaner.

Kini, wannn menjelaskan di dalam sebuah penstriman langsung bahawa beliau akan turun bermain di MDL. 

Wannn menyatakan kebolehan beliau dan kemahirannya tidak lagi setaraf di dalam MPL. Malah beliau turut menyatakan bahawa tidak mahu menjadi beban untuk pasukan.

Jika benar apa yang diperkatakan oleh Wannn, pasti akan ada pengganti buat beliau di dalam pasukan MPL EVOS Legends musim kali ini.

Sumber: @emak_moba

RELATED NEWS

+