Kemaskini 2.1 Tower of Fantasy memperkenalkan simulacrum baharu, Lin

Hari ini, Level Infinite dan pembangun Hotta Studio memberikan beberapa butiran mengenai kandungan dan kemaskini besar-besaran bagi Tower of Fantasy.

Kemaskini Confounding Labyrinth itu yang dikeluarkan semalam menyediakan peta baharu yang dipenuhi dengan cabaran menarik, bos yang kuat dan simulacrum baharu, iaitu Lin.

Confounding Abyss terletak di bawah Mirroria dan pemain akan meneroka runtuhan dari Third City. Kawasan itu mempunyai muka bumi yang berlainan dan halangan. Terdapat hidupan yang bermutasi akibat dari kesan Confounding Abyss ini.

Lin pula mempunyai abiliti pemindaan yang mana dia mampu memanfaatkan kesemua elemen dan boleh digunakan pemain sebagai senjata untuk mana-mana elemen.

Mainkan Tower of Fantasy sekarang di App Store, Google Play dan Steam.

RELATED NEWS

+