Tower of Fantasy, macam Genshin Impact tapi bukan

Beta kedua kini hadir untuk versi global dan kini anda boleh pra-daftar Tower of Fantasy.

Dicipta oleh Perfect World, Tower of Fantasy mahu membawa kelainan dari permainan lain yang ada.

Diinspirasikan oleh Genshin Impact dari Hoyoverse, Tower of Fantasy mempunyai sedikit kelainan dari permainan popular itu.

Dari menukar karakter anda untuk berlawan, Tower of Fantasy mempunyai kombat berlawan menukar jenis senjata.

Anda boleh mengembara di dalam dunia masa hadapan dengan karakter-karakter unik bersama kebolehan dan senjata masing-masing.

Permainan ini juga akan hadir di platform mudah alih dan PC.

Tower of Fantasy juga akan dikeluarkan di Steam berkemungkinan hujung tahun ini.

Setiap pra-daftar juga melayakkan anda untuk mendapat ganjaran tambahan.

Untuk maklumat lanjut dan pra-daftar anda boleh melayari laman rasmi Tower of Fantasy Global.

RELATED NEWS

+