“Kemungkinan untuk kami tewaskan RRQ Hoshi hanya 7.5%,” – Z4pnu

Pemain pasukan Omega Esports iaitu Z4pnu mencetuskan kontroversi apabila dia mengkritik pasukan Indonesia.

Z4pnu juga memberi maklum balas tentang perkara itu dengan menyatakan netizen Indonesia seharusnya tidak perlu marah dengan kenyataan yang dibuat olehnya.

Menurutnya, pasukan Filipina sememangnya lebih kuat dari Indonesia.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONE Esports Indonesia (@oneesportsid)

Namun begitu, dia sekali lagi mengeluarkan kenyataan bahawa peluang Omega Esports untuk memenangi perlawanan menentang RRQ Hoshi adalah 80%. 

Akan tetapi, Z4pnu berkata kenyataan itu hanyalah gurauan semata-mata dan peluang mereka untuk menang cuma 7.5%.

“Peluang untuk menang di dalam perlawanan menentang RRQ Hoshi sebanyak 80% hanya gurauan. Sebaliknya kemenangan kami mungkin hanya 7.5%,” ujarnya.

Disebabkan kenyataan itu, ramai netizen Indonesia menggelarkan Z4pnu sebagai seorang yang bercakap besar dan mereka tidak sabar untuk menantikan RRQ Hoshi menewaskan Omega Esports di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022.

Kejohanan MSC 2022 akan berlangsung tidak lama lagi pada tarikh 11 Jun sehingga 19 Jun yang akan bertempat di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pasukan Malaysia akan diwakili oleh pasukan Todak dan Orange Esports yang akan bersaing bersama-sama pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+