Kenyataan rasmi Todak mengenai insiden poster dengan pasukan Filipina

Pasukan Todak MLBB tidak tahu menahu malah menyangkal kenyataan yang mengatakan mereka dikaitkan dalam satu poster dikeluarkan oleh pihak MPL Malaysia baru-baru ini.

Poster itu dikatakan seolah-olah menunjukkan Todak mengeluarkan kenyataan terhadap pasukan Filipina. 

Ia kemudiannya mencetuskan kekeliruan dan menyebabkan ramai netizen Malaysia dan Filipina yang memberikan maklum balas.

Todak ingin menjelaskan bahawa pihak mereka sentiasa menghormati pasukan lawan, baik dari dalam ataupun dari luar negara.

Pasukan Todak juga sudah menghubungi admin laman sosial itu supaya poster dipadamkan agak tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan pihak lain.

Admin laman tersebut itu telah memohon maaf dan sudah memberikan kerjasama kepada pihak Todak.

RELATED NEWS

+