Kemanakah perginya lineup pasukan Todak selepas M1?

Pasukan Todak MLBB adalah pasukan yang sentiasa konsisten sejak mereka menyertai liga profesional MLBB (MPL) pada musim keempat.

Pada MPL MYSG musim keempat, pasukan Todak berjaya mendapat naib juara sekaligus menempah tiket ke kejohanan dunia MLBB yang pertama iaitu M1.

Todak berjaya menunjukkan prestasi yang baik di kejohanan M1 dengan mendapat tempat ketiga di kejohanan itu.

Walau bagaimanapun, keluar masuk pemain itu sudah menjadi perkara biasa di dalam industri e-sukan.

Persoalanya, dimanakah pemain-pemain Todak sekarang selepas mewakili negara Malaysia di kejohanan dunia  M1?

Moon, Ciku, Eone dan Ashi

Tiga pemain Todak ini sudah tidak asing lagi di arena kompetitif MPL. Moon dan Ciku masih aktif lagi sebagai pemain profesional bagi pasukan Todak, manakala Eone kini menjalankan tugas sebagai pembantu pengurus pasukan Todak.

Eone mengumumkan persaraanya sebagai pemain profesional selepas kejohanan dunia M2 yang berlangsung di Singapura pada tahun 2020.

Ashi pula masih menjadi pengurus pasukan Todak sejak dari MPL musim keempat.

Amoux dan Xray

Xray adalah salah seorang pemain pasukan Todak yang bersama-sama pasukan Todak sejak dari awal penubuhanya.

Pada tahun lepas, Xray mengumukan bahawa dia akan berehat dan keluar dari pasukan Todak. Pada tahun ini, Xray kembali ke arena kompetitif MLBB bersama pasukan Geek Fam.

Amoux adalah pembantu jurulatih/analisis untuk pasukan Todak pada kejohanan M1. Selepas bersama Todak di liga profesional MPL musim keempat dan kelima, Amoux sempat berhijrah ke Indonesia sebagai jurulatih pasukan Bigetron Alpha dan kini Amoux bergelar jurulatih kepada pasukan Geek Fam.

Hangus

Hangus adalah jurulatih utama pasukan Todak untuk liga profesional MPL musim keempat dan M1.

Pada MPL musim kelima, posisi Hangus sebagai jurulatih pasukan Todak sudah diganti oleh Manity dan Hangus sempat menjadi jurulatih untuk pasukan Bosskur di liga profesional MPL musim kelima dan keenam.

Nenas

Nenas juga pemain utama pasukan Todak di MPL musim keempat, kelima dan di M1. Selepas tamatnya liga MPL musim kelima, Nenas mengambil keputusan untuk keluar dari pasukan Todak.

Nenas sempat menyertai arena kompetitif League of Legends: Wild Rift bersama pasukan Berjaya Dragons. 

Terbaru, Nenas kini sudah kembali ke arena kompetitif MLBB dengan menjadi jurulatih interim untuk pasukan MAB Esports di MPL MY musim ke-9.

Lychee

Lychee adalah pemain yang sempat bermain bersama pasukan Todak di kejohanan dunia M1 dan di liga profesional MPL musim keempat dan kelima.

Selepas daripada liga MPL musim kelima, Lychee mengikuti jejak Nenas untuk keluar daripada pasukan Todak.

Kini, Lychee adalah seorang ejen Coway yang sah.

Pasukan Todak sudah menjuarai liga profesional MPL musim ke-9 sekaligus menempah tiket mereka ke kejohanan MSC 2022 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia pada 11 Jun hingga 19 Jun ini.

Todak juga akan mewakili negara di dalam sukan SEA 2021 yang akan berlangsung di Hanoi, Vietnam pada Mei ini.

Marilah kita semua mendoakan buat pasukan Todak agar mereka dapat membawa pulang pingat emas buat negara Malaysia.

RELATED NEWS

+