Keputusan peringkat kumpulan hari keempat Piala Presiden Esports 2021

Peringkat kumpulan Piala Presiden Esports 2021 kini sudah 4 hari berlangsung. 10 pasukan akan bertanding di dalam kumpulan A dan B untuk mendapat tempat kedua tertinggi bagi melayakkan diri ke peringkat main event.

Setakat hari keempat, pasukan Alter Ego berjaya menduduki tempat pertama kumpulan A disusuli dengan RRQ Sena yang berada di tempat kedua. Manakala di kumpulan B, Aura Esports dan Bigetron Alpha masing-masing berada di tempat pertama dan kedua.

Aura Esports adalah pasukan pertama yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya sementara 3 pasukan lagi masih bersaing untuk mendapatkan mata masing-masing. Lokasi main event dibuat di Bali, Indonesia.

Piala Presiden Esports 2021 adalah salah satu kejohanan dari pemerintah untuk menghargai barisan pemain profesional di dalam arena kompetitif Mobile Legends Indonesia.

Selain itu, kejohanan ini bertujuan untuk mengembangkan lagi pengaruh e-sukan di Indonesia itu sendiri. 

RELATED NEWS

+