Keputusan wakil Indonesia ke IESF Bali MLBB 2022 akan diketahui esok

Kejohanan IESF Bali 2022 bagi kategori MLBB sememangnya menjadi salah satu pertandingan yang dinanti-nantikan sebelum 2022 menutup tirai.

Malaysia sudah pun menghantar wakil iaitu Todak dan Filipina memilih pasukan nasional, Sibol mewakili mereka. Namun, bagi Indonesia, terdapat sedikit masalah dalam proses pemilihan lantas mereka meletakkan EVOS Esports dan Bigetron Alpha yang perlu bertarung menentukan slot.

Mengikut sumber dari ONE Esports, pusingan penentuan itu diadakan secara tertutup dalam format best of 3 dan diadakan dari 21 November hingga 24 November. Pada hari terakhir, pasukan Indoensia ke IESF Bali akan ditentukan.

Walaupun begitu, sumber ini juga menyatakan kemungkinan akan ada perubahan juga pada roster yang final nanti. Kemungkinan juga akan ada gabungan pemain dari EVOS dan Bigetron untuk roster terakhir.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+