Lagu tema SPY x Family bahagian kedua menerima lebih 4.7 juta tontonan

Anime SPY x Family sentiasa dinanti-nantikan peminat malah bahagian keduanya akan tiba esok (1 Oktober) yang mengandungi 13 episod.

Justeru itu, video lagu tema sudah pun dilancarkan dan ia mencapai lebih 4.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

Lagu SOUVENIR ini diarahkan oleh Tetsuro Araki (Death Note, Attack on Titan). Araki juga berasa teruja dapat menyiapkan video ini.

Bahagian kedua anime ini akan bermula esok dan mengambil adaptasi dari manga asal oleh Tetsuya Endo. Crunchyroll juga akan memulakan penstriman bagi anime ini.

RELATED NEWS

+