5 Anime masakan korang patut tengok

Anime masakan sudah menjadi antara genre anime yang kini mendapat tumpuan.

Sejak Shokugeki no Souma (Food Wars) menjadi sangat popular, banyak lagi sebenarnya anime masakan yang peminat anime patut tonton.

Ini 5 Anime masakan korang patut tonton:

1. Cinderella Chef

Berdasarkan dongua popular, Cinderella Chef menceritakan Ye Jiayao yang merupakan seorang chef dihantar ke dunia lain apabila salah satu eksperimennya gagal.

Ye Jiayao kini terpaksa menghadap masalah politik, penceritaan romantik dan menyajikan masakan yang membuat anda teringin untuk makan.

2. Toriko

Inilah yang berlaku apabila Dragon Ball digabungkan dengan elemen memasak.

Toriko adalah seorang pemburu makanan yang sentiasa mencari raksasa untuk dimakan dan mencapai impian untuk memenuhi barisan makanan Full Course menunya.

Semuanya berubah apabila dia terjumpa dengan Komatsu yang menjadi chef untuk masak kesemua benda yang Toriko mahu makan.

Cerita ini penuh dengan aksi shonen dan sudah pasti penuh dengan masakan yang tidak wujud dalam dunia sebenar.

3. Campfire Cooking in Another World with My Absurd Skill

Tsuyoshi menyangkakan dia akhirnya bakal berbakti ke dunia lain apabila dipanggil ke sana.

Dia juga sedar summon tersebut adalah kesilapan dunia itu dan dia juga tidak mempunyai apa-apa kemahiran untuk hidup di dunia baru.

Tetapi Mukoda mempunyai akses kepada “Online Supermarket” di mana dia boleh hidup dengan pengetahuan masakan moden.

4. Delicious in Dungeon

Menceritakan Laios bersama-sama ahli partinya yang lain terpaksa mencari alternatif untuk menjimatkan wang dari membeli makanan.

Jadi apa mereka buat? Masak raksasa-raksasa yang ada di dungeon itu.

Siapa sangka raksasa sebenarnya sedap untuk dimakan jika dimasak dengan cara yang betul.

5. Restaurant to Another World

Restaurant to Another World menceritakan satu restoran yang mempunyai pintu yang bersambung ke dunia-dunia lain.

Ia turut menyajikan makanan tradisional Jepun dan juga makanan barat.

Lebih menarik ramai pelanggan untuk kedai itu adalah ahli sihir, naga, pari-pari, Elf dan pelbagai lagi makhluk mitos yang ada.

Apa lagi anime masakan yang korang rasa patut dicadangkan?

RELATED NEWS

+