Kerajaan Poland Guna Minecraft Untuk Hiburkan Kanak-kanak

Salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan negara Poland untuk mengurangkan penularan COVID-19 ialah menutup semua sekolah sehingga 10 April 2020. Pada waktu ini, kanak-kanak dan remaja juga tidak dibenarkan untuk keluar rumah.

Untuk memastikan kanak-kanak tidak merasa bosan di rumah, kerajaan Poland telah melancarkan sebuah pelayan (server) Minecraft yang dibuat khas untuk murid-murid sekolah rendah, sekolah menengah dan juga siswa universiti.

Pelayan ini ditubuhkan sebagai salah satu komponen inisiatif yang bernama Grarantanna. Dalam pelayan ini, setiap pemain diberikan ruang sebesar 60×60. Pemain yang berjaya membina replika yang terbaik berdasarkan bangunan terkenal akan memenangi anugerah.

Selain daripada melancarkan sebuah pelayan Minecraft, inisiatif ini juga menyediakan kuiz, e-seminar untuk belajar pembangunan permainan video, dan banyak lagi.

Pada waktu ini, kerajaan Malaysia belum menggunakan permainan video sebagai salah satu platform untuk memanfaatkan masa kanak-kanak ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ramai streamer di Malaysia memanjangkan waktu streaming mereka agar peminat tidak bosan di rumah. Ada juga yang menggunakan populariti masing-masing untuk mengingatkan penonton tentang PKP.

Sumber: PC Gamer

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+