Mondstadt dari Genshin Impact direka semula dengan sempurna di Minecraft

Setiap pemain Genshin Impact pasti mengenali bandar Mondstadt kerana ia adalah hab utama yang pemain akan lawati sepanjang permainan. Mondstadt juga salah satu bandar yang cantik dan penuh dengan watak sampingan yang menarik.

Kini, sekumpulan pemain Minecraft sudah mencipta Mondstadt dengan hampir sempurna dalam Minecraft.

Sebuah kumpulan Jerman bernama Skyblock Squad, diketuai oleh Marvin Schmidt, menghabiskan lebih lima bulan mencipta semula Mondstadt di Minecraft pada skala hampir 1:1.

Pasukan itu terpaksa menggunakan skala 1:1.15 kerana batasan permainan itu untuk menambah perincian dan khususnya perincian dalaman bangunan Mondstadt di Minecraft. Pilihan ini dapat membenarkan Skyblock Squad untuk membina bandar dan bangunan-bangunan ikonik mempunyai dalaman yang tepat.

“Membina semula seluruh City daripada permainan lain adalah agak mencabar kerana anda perlu mengambil ukuran dan mendapatkan skala yang betul supaya ia kelihatan betul dalam Minecraft,” kata Skyblock Squad tentang rekaan ini.

“Bandar Minecraft ini sebenarnya lebih besar sedikit daripada skala 1:1 memandangkan Minecraft menggunakan cara terhad untuk mendapatkan perincian ke dalam binaan ini. Marvin mula merancang segala-galanya pada awal Ogos dan akhirnya kami menyelesaikannya, jadi ini adalah jumlah lima bulan,” terang mereka lagi.

Jika anda berminat untuk melawati Mondstadt versi Minecraft, anda boleh mendapatkan failnya di sini.

Sumber rujukan: Gaming on Phone

RELATED NEWS

+