mengumumkan RM10 juta untuk pembangunan esports negara, Selangor juga mempunyai sebahagian peruntukan daripada RM2.56 bilion."> mengumumkan RM10 juta untuk pembangunan esports negara, Selangor juga mempunyai sebahagian peruntukan daripada RM2.56 bilion." /> mengumumkan RM10 juta untuk pembangunan esports negara, Selangor juga mempunyai sebahagian peruntukan daripada RM2.56 bilion." />

Kerajaan Selangor Beri Peruntukan RM400,000 Untuk Pembangunan Esports

Kalau kerajaan sebelum ini mengumumkan RM10 juta untuk pembangunan esports negara, Selangor juga mempunyai sebahagian peruntukan daripada RM2.56 bilion.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2019 pada tiga hari lepas mengumumkan sebanyak RM400,000 akan diberikan untuk membangun dan menguruskan esports di negeri ini. Pada masa sama, Selangor juga menerima RM1 juta dari kerajaan persekutuan untuk memacu pembangunan esports ke peringkat serantau.

Bagaimanapun, Amirudin masih belum menyatakan macam mana peruntukan itu akan digunakan ataupun pelan negeri Selangor untuk pembangunan esports pada tahun depan.

Selangor Cyber Games yang dipetik dalam pembentangan bajet itu pasti akan memainkan peranan penting dalam aspek ini. Selama 5 tahun diadakan, SCG memfokuskan pada pertandingan esports dan mungkin tahun depan ia akan dikembangkan sebagai acara ilmiah bertujuan mendidik ibu bapa atau pelajar tentang kebaikan esports. 

Dengan jumlah sebegitu, kami rasa ia boleh digunakan dengan sebaik mungkin kerana jumlahnya agak kecil sebenarnya. Mungkin kempen kesedaran esports patut dilaksanakan dengan lebih konsisten selepas ini? Pastinya impak dari kempen ini sedikit sebanyak memberi kefahaman kepada golongan sasar tentang esports.

Kesemua gambar adalah sumber dari laman web Lowyat.

Sumber: Lowyat

RELATED NEWS

+