Kerana video lucah Tifa (Final Fantasy VII), mesyuarat kerajaan Itali terganggu

Para penggubal undang-undang di Itali baru-baru ini mengadakan satu mesyuarat di Zoom mengenai ketelusan data yang perlu dibuat untuk keputusan kerajaan Itali.

Namun malang tidak berbau, terdapat satu individu yang menganggu siaran itu dengan memainkan video lucah CGI Final Fantasy VII, Tifa Lockhart sedang bersetubuh.

Mesyuarat itu diketuai oleh Senator Five Star Movement, Maria Laura Mantovani dan pada setengah jam pertama semuanya berjalan lancar.

Tetapi ketika beliau mahu memperkenalkan Giorgio Parisi, salah seorang pemenang Nobel Prize, klip itu kemudiannya dimainkan.

Klip itu dimainkan selama 30 saat sebelum akhirnya ditutup oleh admin mesyuarat Zoom itu.

Mantovani ketika itu masih bercakap dan tidak sedar tentang apa yang berlaku dan berhenti apabila ada orang menjerit ‘pesalah seks’ di dalam bahasa Itali.

Kejadian ini bukan pertama kali berlaku. Sebelum ini juga di Facebook, video lucah FFVII juga pernah dimainkan ketika siaran langsung Senato TV.

RELATED NEWS

+