KFC Akan Buatkan Korang Jatuh Cinta Dengan Colonel Sanders Dalam Game Ini

KFC bukan sahaja membuatkan orang terkesima dengan ayam gorengnya sedap sehingga menjilat jari. Malah, Colonel Sanders bakal menambat hati korang.

KFC (ya, ini betul-betul francais makanan segera popular) bersama pembangun, Psyop mengumumkan sebuah game bertemakan simulasi temu janji bertajuk I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator.

Kacak tak?

Dalam game yang mengikut gaya permainan Dream Daddy, korang akan bermain sebagai pelajar kulinari yang cuba untuk bercinta dengan Colonel Sanders (yang sangat kacak dalam game ini).

Sepanjang game ini, setiap keputusan melalui pemilihan dialog korang ambil akan mempengaruhi jalan cerita sama ada Colonel Sanders jatuh cinta akan korang ataupun dapat menjadikan Colonel Sanders sebagai rakan kongsi bisnes restoran korang.

Selain itu, korang juga akan berinteraksi dengan ramai kenalan dan lawan di sekolah kulinari dan menguji kebolehan memasak resepi 11 herba dan rempah ratus rahsia ayam goreng KFC.

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi diumumkan.  I Love You, Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good Dating Simulator akan dilancarkan pada 24 September 2019 di PC (Steam)

Sumber: Gamermatters

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+