KFC akan melancarkan KFConsole, sebuah gaming PC berkuasa tinggi

Pada pertengahan tahun 2020, KFC mendedahkan reka bentuk KFConsole, sebuah gaming PC berkuasa tinggi. Baru-baru ini syarikat tersebut berkongsi maklumat lanjut mengenai produk tersebut yang sangat menarik.

Satu ciri istimewa KFConsole ialah ia mempunyai ruang untuk meletakkan dan memanaskan ayam goreng. Menurut rakan kerjasama KFC iaitu Cooler Master, ruang tersebut menggunakan haba yang dihasilkan oleh komputer itu sendiri.

Dari segi spesifikasi, KFConsole menggunakan bekas Cooler Master NC100 yang diubah suai dan juga Intel Nuc 9 Extreme Compute Element. Ia juga hadir bersama dua SSD Seagate Barracuda bersaiz 1TB.

Model kad grafik tidak dinyatakan tetapi ia disediakan oleh Asus. Kemungkinan besar ia menggunakan kad grafik siri RTX 3000 kerana Cooler Master menjanjikan kebolehan bermain pada resolusi 4K, kadar bingkai 240FPS, dan sokongan ray-tracing.

Pada waktu ini, KFConsole masih belum mula dijual dan KFC belum menyatakan tarikh pelancaran untuk produk ini. Menurut spesifikasi yang dikongsi, penulis menganggarkan ia akan dijual pada harga melebihi RM6,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai KFConsole, layari laman webi rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+