KiD masuk Team Secret

Team Secret mengumumkan pemain PUBG Mobile, Muhammad Danish Yusniza (KiD) yang akan menggantikan posisi Dhiya Ulhaq (uHigh) yang sudah pun ke Indonesia bermain untuk Liga Profesional (PMPL) Indonesia di bawah Bigetron.

KiD yang juga dikenali sebagai ‘budak content’ sebelum ini bersama Todak dan sudah beberapa kali cuba memenangi kejohanan PUBG Mobile. Di Kejohanan Kebangsaan (PMNC) 2021, Todak juga tidak bernasib baik di ranking ke-11.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Bagaimana KiD akan mengadaptasi gaya permainan Team Secret nanti? Adakah KiD dapat menghidupkan semula ‘kekuatan’ yang ditinggalkan uHigh di PMPL MYSG S4 nanti? Kita bakal saksikan.

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+