Tarikh pelancaran Final Fantasy 6 Pixel Remaster diumum

Permainan daripada francais Final Fantasy yang paling dinantikan, Final Fantasy 6 Pixel Remaster kini menerima tarikh pelancarannya.

Square Enix melalui ciapan di Twitter rasmi Final Fantasy mengumumkan tarikh pelancaran Final Fantasy 6 Pixel Remaster pada Februari 2022. 

Menurut pihak Square Enix, pelancaran permainan yang sepatutnya berlaku sekitar 2021, terpaksa ditunda ke 2022 untuk menambahbaik kualiti sementara melengkapkan proses pembangunan permainan itu. 

Berikutan penangguhan ini, pihak Square Enix juga memberikan beberapa barangan tambahan bagi mereka yang melakukan pra-pembelian, seperti runut bunyi khas dan latar hias bertemakan siri Final Fantasy Pixel.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

RELATED NEWS

+