Kingdom Hearts 3 Re:Mind Menampilkan Keyblade Baru & Karakter Lain Boleh Dimainkan

Nampak gayanya cerita Kingdom Hearts 3 bersambung semula.

Square Enix baru melancarkan trailer baru untuk DLC Re:Mind sempena Tokyo Game Show yang memperlihatkan perlawanan bos baru, bentuk Sora terbaru dan peluang untuk main karakter selain Sora. Saksikannya di bawah:

Melihat kepada trailer di atas, keyblade Oathkeeper dan Oblivion yang pernah muncul dalam Kingdom Hearts sebelum ini akan kembali dalam DLC ini. Sora juga kelihatan berlawan dengan Xigbar di lokasi baru.

Pemain juga boleh bermain sebagai Roxas, Xion, Aqua dan ramai lagi serta kemunculan Lingering Will iaitu peninggalan memori Terra dalam perisainya di babak kemuncak Kingdom Hearts 3. 

Terra dirasuk Xehanort lawan Lingering Will

Kingdom Hearts 3 agak mengelirukan bagi mereka yang mahu menceburkan diri dalam siri aksi fantasi campuran Square Enix dan Disney ini tetapi mungkin DLC ini boleh menggilap kembali game ini.

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh rasmi untuk Kingdom Hearts 3 Re:Mind tetapi ia dijangka akan dilancarkan pada musim sejuk. Kingdom Hearts 3 kini boleh dimainkan di PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: Polygon

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+