LCK: Kena COVID-19 tapi T1 masih boleh ‘bantai’ musuh sampai juara

Ahli pasukan League of Legends, T1 iaitu Faker, Zeus, Oner, Keria dan Moment dilaporkan positif COVID-19 namun itu tidak menghalang mereka dari memenangi Liga League of Legends Korea Selatan yang berakhir semalam.

Biarpun tidak berada dalam keadaan yang betul-betul baik, T1 berjaya mencatatkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan grand final best of 5 itu.

Di Twitter, organisasi T1 mengeluarkan satu ciapan mengatakan empat pemain terkena COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin sehingga 9 April.

Mereka juga meminta maaf di atas apa yang terjadi.

Difahamkan, mereka mencatatkan keputusan negatif untuk COVID-19 apabila bertanding di lokasi namun mereka mendakwa tidak sihat keesokan hari selepas kemenangan.

Bagaimanapun, kemenangan ini adalah penting buat T1 kerana mereka berjaya menempah slot ke MSI 2022 yang akan menyaksikan 11 pasukan dari seluruh liga rasmi LoL oleh Riot Games berentap untuk merebut wang tunai AS$250,000 (RM1.05 juta) di Korea Selatan.

MSI 2022 akan dilangsungkan pada 10 Mei hingga 29 Mei ini.

Foto: Inven Global

RELATED NEWS

+