League of Ancients – Permainan Video MOBA dengan gabungan NFT

MOBA seperti League of Legends, Mobile Legends dan juga DOTA 2 tidak asing lagi bagi ramai peminat MOBA.

Namun, League of Ancients menggabungkan MOBA dengan NFT.

Tetapi apa akan jadi jika skins, heroes dan beberapa barangan di dalam permainan video adalah NFT?

Apa itu NFT?

NFT adalah akronim kepada token tidak mudah alih yang dibuat melalui teknologi blockchain.

Token ini tidak dapat diganti oleh unit pendua yang lain dan tidak wujud dalam bentuk fizikal tetapi mewakili aset ketara dalam kapasiti digital.

Sebagai contoh, anda membeli satu karya secara atas talian tetapi mengubahnya menjadi NFT dan aset fizikal itu sendiri sebaliknya akan mempunyai perwakilan digital yang unik dalam bentuk token yang mempunyai nilai.

LOA Token

Dalam League of Ancients (LOA) NFT adalah hero, skin dan barang di dalam permainan video itu.

Anda boleh bermain dengan karakter itu di dalam satu arena seperti MOBA yang lain. Boleh dikatakan setakat ini cuma treler acah saja diberi oleh pembina.

Namun, cara permainan LOA ini sudah semestinya seperti MOBA yang lain. Adakah Riot Games dan Moonton akan memasuki pemasaran NFT juga?

League of Ancients akan hadir ke Google Play Store dan iOS nanti. 

**Sedikit pesanan untuk orang yang mahu melabur di dalam NFT anda haruslah berhati-hati kerana ia sangat berisiko.**

RELATED NEWS

+