League of Legends: Pek Announcer Phreak & Kobe Diumumkan Di PBE

Announcer pack baru untuk League of Legends dah didedahkan! dan nampaknya akan menampilkan dua pengulas profesional iaitu David Turley (Phreak) dan Sam Hartman-Kenzler (Kobe). 

Pek suara ini akan dicuba di PBE. Dalam video dikeluarkan Skin Spotlights, korang boleh dengar teaser suara mereka. Video itu berdurasi selama 30 minit dan mendengarkan apa saja diinginkan pemain dari first blood hinggalah acing satu pasukan itu.

Masih menjadi tanda tanya jika ia akan dilancarkan secara rasmi nanti kerana Riot Games tidak berkongsi apa-apa perkembangan kepada peminat. Mungkin ia akan diberikan secara percuma ataupun berbayar. Jika ia menjadi realiti, pastinya menjadi berita baik kepada semua yang sudah lama nantikan pek suara untuk hero berbeza. Dota 2 dah lama gunakan sistem ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+