PlayStation Blog."> PlayStation Blog." /> PlayStation Blog." />

Lebih daripada 4,000 permainan PS4 boleh dimain di PS5

Baru-baru ini Sony Interactive Entertainment (SIE) memberi penerangan yang lebih terperinci mengenai keserasian belakang (backward compatibility) konsol PlayStation 5 untuk katalog permainan PlayStation 4 (PS4). Penerangan ini boleh dibaca di PlayStation Blog.

Para pemilik PS4 semestinya lega mendengarkan bahawa lebih daripada 99% permainan video katalog PS4 (yang berjumlah lebih daripada 4,000 permainan) boleh dimain di PS5 tanpa apa-apa masalah.

SIE juga menyatakan bahawa permainan-permainan PS4 boleh dimain dengan lebih lancar di PS5. Spesifikasi PS5 yang lebih hebat membolehkannya untuk mengurangkan waktu muatan dan menaikkan kadar bingkai (untuk beberapa permainan).

Syarikat tersebut menyediakan sebuah senarai permainan-permainan PS4 yang tidak boleh dimain di PS5. Di laman PlayStation Store permainan-permainain tersebut, terdapat label “Playable on: PS4 only”.

Berikut adalah 10 permainan PS4 yang tidak boleh dimain di PS5:

  • DWVR
  • Afro Samurai 2 Revenge of Kuma Volume One
  • TT Isle of Man – Ride on the Edge 2
  • Just Deal With It!
  • Shadow Complex Remastered
  • Robinson: The Journey
  • We Sing
  • Hitman Go: Definitive Edition
  • Shadwen
  • Joe’s Diner

Satu perkara yang anda perlu ingat ialah permainan versi fizikal (cakera optik) hanya boleh dimain di konsol PS5 yang mempunyai pemacu cakera optik. PS5 versi digital-sahaja hanya boleh main permainan dalam akaun PlayStation anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai keserasian belakang PS5, anda boleh rujuk laman web PlayStation Blog.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+