Organisasi e-sukan Axis Esports divisi Free Fire dilihat giat memperkemaskan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Majors MCPS musim keempat selepeas merealisasikan perpindahan yang hangat."> Organisasi e-sukan Axis Esports divisi Free Fire dilihat giat memperkemaskan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Majors MCPS musim keempat selepeas merealisasikan perpindahan yang hangat." /> Organisasi e-sukan Axis Esports divisi Free Fire dilihat giat memperkemaskan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Majors MCPS musim keempat selepeas merealisasikan perpindahan yang hangat." />

Raff sah dipinjamkan ke Axis Esports Free Fire

Organisasi e-sukan Axis Esports divisi Free Fire dilihat giat memperkemaskan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Majors MCPS musim keempat selepeas merealisasikan perpindahan yang hangat.

Pasukan Axis Esports berjaya mendapatkan khidmat Raff iaitu pemain profesional Free Fire dari Indonesia yang bermain untuk Force Evolution Esports sebelum ini.

Melalui kenyataan Force Evolution di Instagram berkata, “Raff dipinjamkan ke Axis Esports, Terima Kasih Raff,”.

Sementara itu, dikhabarkan bahawa pemain itu sudah selamat mendarat di Malaysia dan bakal menjadi pemain pertama dari luar negara yang akan bermain untuk pasukan tempatan.

Raff atau nama sebenar Rafli Aidil Fitrah pernah mewakili Indonesia di Sukan SEA Hanoi Vietnam Ke-31 dan berjaya meraih pingat gangsa. 

Tambahan lagi, Raff juga dinobatkan sebagai MVP kejohanan itu selepas berjaya mencatatkan 34 mata singkir pada aksi keseluruhan.

Dia dijangka bakal melakukan debut pada hari esok, seterusnya melakar sejarah baru kerana menjadi satu-satunya pemain luar rantau MCPS yang bermain di Kejohanan Major. 

RELATED NEWS

+