LEC: G2 akan berjumpa musuh tradisi, Fnatic sekali lagi minggu ini

Pertempuran Liga League of Legends Eropah bagi musim bunga 2022 hampir menemui penamatnya.

Pada minggu lalu, pasukan pilihan, G2 Esports berjaya mencipta kejutan dengan menewaskan pasukan ‘SuperStar’, Vitality pada hari Sabtu dan Misfits pada Ahad.

Kejutan ini nyata memberi kelebihan kepada G2 untuk mara ke lower bracket final, sekali gus berpeluang jumpa dengan musuh tradisi iaitu Fnatic di mana mereka ditewaskan 1-3 di pusingan upper bracket sebelum ini. 

Pada perlawanan sebelum ini juga, Fnatic hampir ke Grand Final apabila tewas sipi di tangan Rogue dengan skor 2-3. Pasukan dengan pemain support veteran seperti Hylissang itu menggunakan draft yang sama pada kedua-dua perlawanan terakhir menyebabkan Rogue boleh membaca strategi.

Perlawanan antara G2 dan Fnatic akan kembali menemui penonton pada Sabtu ini. Mampukah Flakked dan Targamas membuktikan mereka rookie yang hebat di perlawanan penyingkiran ini? Adakah Jankos akan terus bersinar sebagai jungler dan Caps menjadi Claps? Kita sama-sama nantikan.

Jangan lupa saksikan pertempuran epik ini di Twitch TV pada jam 11 malam waktu Malaysia.

RELATED NEWS

+