“Lemon bagus dalam positioning dan ‘kiting’, Skylar pula hero pool luas,” – Xinn

Pemain profesional RRQ Hoshi, Xinn, menyatakan perbezaan Lemon dan Skylar dalam bermain posisi gold lane melalui penstrimannya.

Xinn berpendapat Lemon mempunyai positioning yang sangat baik, dan melakukan kiting dengan bagus. Apatah lagi dia sentiasa berjaya memancing perang kepada pasukan lawan.

“Itulah kekuatan Lemon, dia sangat bagus dalam positioning dan kiting. Dia selalu berjaya memancing perang kepada pasukan lawan,” katanya.

Berbeza dengan Skylar, Xinn mengatakan gaya permainannya tetap bagus dan pada pandangannya, Skylar mempunyai lebih banyak hero yang boleh dimainkan.

“Bagusnya Skylar, dia mempunyai hero pool lebih besar yang boleh dimainkan seperti Beatrix dan Claude,” katanya.

Kedua-dua pemain itu berjaya menunjukkan aksi yang cemerlang pada kejohanan MSC 2022.

Lemon yang sempat mendapatkan Maniac sewaktu menentang EVOS SG berjaya menunjukkan kemampuan hero Irithel yang sebenar.

Skylar yang memainkan Claude sewaktu di pusingan akhir Upper Bracket, berhasil mengembalikan keadaan apabila dia berjaya mematikan pemain RSG PH.

Sayangnya, mereka masih belum mampu untuk menumbangkan pasukan gergasi dari Filipina itu setelah tewas di tangan mereka pada peringkat Grand Final dengan skor 4-0.

RELATED NEWS

+