Lenovo Malaysia dan rakan-rakan jualan terpilih."> Lenovo Malaysia dan rakan-rakan jualan terpilih." /> Lenovo Malaysia dan rakan-rakan jualan terpilih." />

Lenovo Legion Phone Duel akan tiba di Malaysia pada 26 Oktober

Lenovo Legion baru-baru ini mengumumkan telefon pintar gaming pertama mereka iaitu Lenovo Legion Phone Duel. Ia akan dilancarkan di Malaysia bermula dari 26 Oktober ini di laman web rasmi Lenovo Malaysia dan rakan-rakan jualan terpilih.

Lenovo Legion Phone Duel akan dilancarkan dalam dua model iaitu 12GB/256GB pada harga RM3,399 dan 16GB/512GB pada harga RM3,999. Selain daripada itu, ia juga hadir dalam dua pilihan warna iaitu Vengeance Red dan Blazing Blue.

Berikut adalah senarai spesifikasi telefon pintar ini:

  • CPU: Qualcomm Snapdragon 865+ 5G
  • GPU: Qualcomm Adreno 650
  • OS: ZUI 12 berdasarkan Android 10
  • RAM: 12GB / 16GB
  • Storan dalaman: 256GB / 512GB
  • Paparan: 6.59″, 19.5/9 (2340 x 1080) 144Hz AMOLED
  • Dua kamera belakang dan satu kamera depan pop-up
  • Bateri: 5000 mAh dengan pengecasan pantas 65W

Nama “Duel” dipilih oleh Lenovo Legion untuk telefon ini adalah kerana terdapat pelbagai ciri “dual” dalam telefon ini seperti dua bateri berasingan berkapasiti 2,500 mAh untuk memastikan pengurusan bateri yang lebih berkesan dan pengecasan yang lebih pantas.

Dua bateri bermaksud ia juga mempunyai dua penyambung USB Type-C yang boleh digunakan secara serentak. Jangan risau, Lenovo akan menyediakan dua kabel USB Type-C untuk fungsi ini dalam kotak lengkap Lenovo Legion Phone Duel.

Kamera depan telefon ini diletakkan di bahagian tepi untuk memudahkan aktiviti livestream bagi pengguna yang ingin memaparkan raut wajah ketika melakukan siaran langsung sesi permainan.

Sama seperti banyak telefon pintar gaming di luar sana, telefon ini juga mempunyai dua butang bahu yang boleh digunakan untuk permainan. Dua butang ini bukan butang fizikal tetapi butang ultrasonik yang memberi tindak balas haptik.

Untuk anda yang suka menggunakan pembesar suara ketika bermain, telefon ini mungkin pilihan yang sesuai kerana ia dipasang dengan dua pembesar suara yang menghadap ke depan (frontfacing). Di samping itu, ia juga mempunyai empat mikrofon dengan Qualcomm Noise Reduction Technology.

Satu ciri yang penulis rasa tidak perlu ada pada sebuah telefon pintar gaming ialah lampu RGB di bahagian belakang tetapi seperti biasa, Lenovo Legion Phone Duel tetap mempunyai ciri tersebut. Lenovo menyatakan ia boleh digunakan untuk menunjukkan panggilan masuk dan lain-lain fungsi.

Jika anda berminat untuk membeli Lenovo Legion Phone Duel, ia boleh dipesan melalui laman web rasmi Lenovo Malaysia dan rakan-rakan jualan terpilih bermula pada 26 Oktober ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+