Double Eleven yang bertapak dari United Kingdom hari ini melancarkan satu studio baharu mereka di Mid Valley, Kuala Lumpur.
Mereka sangat terkenal dengan permainan video Fallout 76, Minecraft Dungeons, Rust Console Edition, Limbo dan lain-lain.
Double Eleven sangat komited untuk membesarkan cawangan mereka dan kini mempunyai studio dengan keluasan 12,000 kaki persegi.
Studio yang dibina ini dengan reka bentuk yang sangat sesuai dengan kehendak studio permainan video moden.
Banyak tempat dibuat untuk menjaga semua para staf dari bilik pembinaan, bilik khas untuk play test dan beberapa tempat mesyuarat dari yang kecil sehingga yang besar, bilik panggung wayang dan tempat bersosial yang besar mengikut cara bekerja masing-masing.
Kawasan lobi juga mempunyai air minuman untuk semua orang dan meja bermain pool.
Double Eleven juga memperkenalkan fokus bekerja secara fleksibel untuk semua staff mereka termasuk bayaran lebih masa bekerja, dan penambahan cuti.
Jumlah staf yang ada sekarang untuk Double Eleven Malaysia adalah lebih kurang 60 orang.
Jumlah yang agak ramai dalam masa yang sangat singkat.
Menurut beberapa staf yang bekerja di sana juga pada hari Jumaat mereka akan ada masa untuk balik awal pada jam 4 petang atau 1 petang mengikut minggu.
Double Eleven Malaysia akan bekerja rapat dengan studio United Kingdom bagi projek global dan cuba untuk bekerja sebagai satu pasukan.
“Kami juga sangat teruja untuk melancar studio baru ini dengan etika pekerja dahulu ke Malaysia sekaligus mencipta banyak peluang baru dari tenaga kerja tempatan.
“Gabungan dua studio Malaysia dan United Kingdom ini adalah supaya kami dapat mencipta dan mengeluarkan lebih banyak permainan video,” menurut Mark South, Ketua Pegawai Operasi Double Eleven.
Syarikat ini akan terus mencari beberapa staf baru mereka untuk banyak lagi posisi yang akan dibuka bagi cawangan Kuala Lumpur mereka.
Jika anda berminat anda boleh melayari http://www.double11.com/careers.